Kelas Ms Word (Ulangkaji Bahagian 2)

9 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 8 December 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 9 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word .Kelas pada kali ini lebih kepada mengulang sesi pembelajaran yang lepas iaitu fokus kepada typing dan cara mengedit karangan.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diminta menaip karangan yang disediakan iaitu karangan tentang kebaikan teknologi maklumat kepada golongan belia. Sebelum menaip karangan, petugas memberi sedikit taklimat berkenaan cara asas penggunaan Ms Word. Peserta juga diajar cara menggunakan cap locks,bold,underline dan cara justify karangan yang telah disiapkan. Petugas memastikan peserta memahami sesi pembelajaran dan berlatih menaip menggunakan keyboard dengan pantas melalui sesi typing.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali